Tuesday, May 17, 2022

AMALAN 3R

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. 

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Amalan 3R amat penting bagi memastikan alam sekitar kita sentiasa terjaga. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama memainkan peranan masing-masing agar amalan kitar semula ini dapat diterap dalam kehidupan seharian.

Wednesday, May 11, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-9 (11/05/2022)

 


Pensyarah memberi penerangan berkaitan tajuk amalan 3R kepada pelajar dan setiap kumpulan perlu membuat rumusan berkaitan tajuk tersebut. 

PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

sisa pepejal merupakan  hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh oleh kebanyakkan bandar di negara membangun . Terdapat beberapa jenis sisa pepejal yang terkawal seperti sisa pepejal isi rumah , sisa pepejal import , sisa pepejal pembinaan dan sisa pepejal lain lain lagi . selain itu pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diswatakan dan dikendalikan oleh empat(4) konsortium yang dilantik iaitu Wilayah tengah timur ( Alam Flora Sdn. Bhd) , Wilayah Selatan ( Southern Waste Management) , Wilayah utara ( Northern Waste industries) dan Malaysia Timur ( Eastern Waste Management) . Akhir sekali cara cara untuk mengatasi sisa pepejal ini adalah dengan Proses penjanaan ,pengasingan, penyimpanan , pemungutan dan pengankutan , pemindahan , pemprosesan dan akhir sekali pelupusan .

PERJUMPAAN MINGGU KE-8 (27/04/2022)

 


Pensyarah memberi penerangan tentang pembuangan sisa pepejal kepada semua pelajar . Setiap kumpulan perlu masukkan di blog masing-masing tentang rumusan berkaitan tajuk tersebut.

LINK YOUTUBE MINI PROJEK

  https://youtu.be/5yINzB7oEdY