Tuesday, May 17, 2022

AMALAN 3R

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. 

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Amalan 3R amat penting bagi memastikan alam sekitar kita sentiasa terjaga. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama memainkan peranan masing-masing agar amalan kitar semula ini dapat diterap dalam kehidupan seharian.

Wednesday, May 11, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-9 (11/05/2022)

 


Pensyarah memberi penerangan berkaitan tajuk amalan 3R kepada pelajar dan setiap kumpulan perlu membuat rumusan berkaitan tajuk tersebut. 

PEMBUANGAN SISA PEPEJAL

sisa pepejal merupakan  hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh oleh kebanyakkan bandar di negara membangun . Terdapat beberapa jenis sisa pepejal yang terkawal seperti sisa pepejal isi rumah , sisa pepejal import , sisa pepejal pembinaan dan sisa pepejal lain lain lagi . selain itu pengurusan sisa pepejal di Malaysia telah diswatakan dan dikendalikan oleh empat(4) konsortium yang dilantik iaitu Wilayah tengah timur ( Alam Flora Sdn. Bhd) , Wilayah Selatan ( Southern Waste Management) , Wilayah utara ( Northern Waste industries) dan Malaysia Timur ( Eastern Waste Management) . Akhir sekali cara cara untuk mengatasi sisa pepejal ini adalah dengan Proses penjanaan ,pengasingan, penyimpanan , pemungutan dan pengankutan , pemindahan , pemprosesan dan akhir sekali pelupusan .

PERJUMPAAN MINGGU KE-8 (27/04/2022)

 


Pensyarah memberi penerangan tentang pembuangan sisa pepejal kepada semua pelajar . Setiap kumpulan perlu masukkan di blog masing-masing tentang rumusan berkaitan tajuk tersebut.

Tuesday, April 26, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-7 (20/04/2022)

 


Setiap kumpulan perlu membentangkan video yang telah dihasilkan iaitu tunjuk cara beberapa aktiviti berkaitan mesra alam. 





Setiap kumpulan perlu juga menunjukkan blog yang lengkap.

Sunday, April 17, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-6 (13/04/2022)

 


Setiap kumpulan perlu menerangkan aktiviti yang akan dilakukan untuk menghasilkan mini projek. 

Tuesday, April 12, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-5 (6/04/2022)

 


Pensyarah sedang memberi tugasan kepada pelajar iaitu projek untuk membuat video mengikut kumpulan berkenaan mesra alam.

Tuesday, April 5, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-4 (30/03/2022)

Semua kumpulan perlu menunjukkan blog masing-masing kepada pensyarah supaya lengkap dengan maklumat tertentu.

Tuesday, March 29, 2022

CONTOH-CONTOH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 


1. PENCEMARAN TANIH


2. PENCEMARAN UDARA


3. PENCEMARAN AIR

MAKSUD PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 



Pencemaran alam sekitar adalah nama yang diberikan kepada pengenalan ke persekitaran semula jadi agen yang bersifat fizikal, kimia dan biologi, yang mengubah keadaan persekitaran , menyebabkan kesan berbahaya kepada kesihatan, kesejahteraan dan kebiasaan hidup haiwan dan tumbuhan secara umum.

Bahan pencemar boleh menjadi bahan kimia (racun perosak, racun rumpai, sianida, dan lain-lain), minyak, radiasi, gas pencemaran, sisa bandar, antara lain. Kesemuanya, secara umum, boleh menyebabkan kerosakan serius pada ekosistem, walaupun alasan utama pengeluarannya adalah aktiviti manusia yang berkaitan dengan industri, perdagangan, perlombongan, dan sebagainya.


KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

 


1. EKOSISTEM YANG STABIL


2. MENARIK PERHATIAN PELANCONG LUAR


3. KESIHATAN MANUSIA TERJAMIN


4. HABITAT FLORA DAN FAUNA TERPELIHARA

MENJAGA KEBERSIHAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


ALAM sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.

Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan, yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.

Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

Alam sekitar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan penyakit kepada manusia seperti malaria, demam denggi, taun dan hawar. Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh vektor-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Gangguan daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran dalam keadaan bersih. Alam sekitar yang bersih dapat mengurangkan pembiakan serangga yang berada di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan hidup kita.

Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70 peratus air.

Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air.

Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.

Tambahan pula, alam sekitar yang dijaga oleh semua lapisan masyarakat dapat mengelakkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah merupakan salah satu sumber makanan kepada manusia. Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang, ikan dan seumpamanya merupakan sumber makanan yang mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Sekiranya kita melakukan sebarang pencemaran laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut, kepupusan hidupan laut akan berlaku. Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit. Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih akan dapat meningkatkan ekonomi negara. Sesebuah masyarakat yang menitikberatkan kebersihan dan nilai kedamaian akan dapat menarik perhatian pelancong asing. Kedatangan pelancong asing ke dalam negara kita akan dapat memajukan pertumbuhan ekonomi negara kita.

Selain itu, kedatangan pelancong juga dapat memajukan sektor perkhidmatan dan sektor perniagaan serta menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Dengan ini, imej negara kita akan dapat ditingkatkan.

Kesimpulannya, pemeliharaan muka bumi perlu dijalankan bagi menjamin bekalan sumber makanan, sumber kesihatan untuk menghasilkan ubat-ubatan. Ia turut berperanan sebagai sumber kecantikan, keindahan dan kedamaian di samping udara yang bersih. Justeru, semua lapisan masyarakat haruslah bekerjasama dan saling membantu dalam memelihara alam sekitar supaya kebersihan alam sekitar dapat ditingkatkan dalam kehidupan kita. – Agensi

CONTOH-CONTOH ALAM SEKITAR

                                          

                                        1. POKOK DEDAUN HIJAU



                                        2. POKOK BAKAU



                                        3. CUACA PANAS



                                        4. LAUT KEBIRUAN
 

Monday, March 28, 2022

MAKSUD ALAM SEKITAR

 


Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud

keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka

perkataan “alam sekitar” adalah menuju

kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yangmelingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yangberkait dengan iklim dan cuaca.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“.

Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikanpenekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat denganaktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alamsekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatuorganisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalamdiri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitaryang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupayadipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripadaRevolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yangtimbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha denganpelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedahatau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.

MAKSUD MESRA ALAM


 Mesra alam adalah istilah kelestarian dan pemasaran yang merujuk kepada barang dan perkhidmatan, undang-undang, garis panduan dan dasar yang menuntut dikurangkan, minimum, atau tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ekosistem atau alam sekitar.[1] Syarikat-syarikat menggunakan istilah-istilah samar-samar untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan, kadang-kadang dengan tambahan, pensijilan yang lebih spesifik, seperti ekolabel. Mereka boleh dirujuk sebagai pencucian hijau.

APLIKASI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN LOGO

 

    • Kumpulan kami mengunakan aplikasi CANVA untuk menghasilkan logo tersebut. 
    • Kami menggunakan idea-idea yang ada di dalam aplikasi tersebut seperti berkaitan dengankelab ini iaitu mesra alam

Monday, March 21, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-3 (23/03/2022) PENGHASILAN LOGO KUMPULAN

 


Logo kumpulan kami mempunyai maksud dan penjelasan yang tersendiri. Antaranya ialah :

  • Bumi = merupakan ciptaan Tuhan yang lengkap dengan nikmat kemesraan alam sekitar untuk kehidupan seharian manusia.
  • Tangan = merupakan tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk memelihara dan memulihara alam sekitar yang terdapat di muka bumi ini demi keselesaan bersama.
  • Pokok - pokok dan daun - daun = adalah sebahagian daripada ekosistem yang mengawal pemanasan di muka bumi.
  • warna biru = biru adalah warna langit dan laut . ia memberikan gambaran yang luas pada ruang , warna yang damai , sejuk dan dapat menenangkan fikiran.
  • warna kuning : memberi kesan kegembiraan , ketenangan dan kecerian  . dengan kata lain wrna ini juga mengandung makna optimis , semanagat dan ceria.
  • warna hijau : membawa maksid warna identiti alam . ia melambangkan kesegaran , kedamaian , dan relaksasi mahupun santai. mengikut pandangan psikologi wrna hijau sangat membantu seseorang yang berada dalam situasi tertekan menyeimbangkan emosi dan memudahkan keterbukaan dalam berkomunikasi.

Wednesday, March 16, 2022

PERJUMPAAN MINGGU KE-2 (16/03/2022)

Pensyarah Memberi taklimat tentang tugasan yang diberi pada minggu ini iaitu setiap kumpulan hendaklah membuat logo yang mudah serta penerangan.





PERJUMPAAN MINGGU PERTAMA (09/03/2022)

Pensyarah memberi taklimat tentang course outline bagi kelab mesra alam ini.















NAMA AHLI KUMPULAN 5

                                        1) HUSNA IZZAH BINTI HAMZAH (10DPM21F1081)

                                    2) NUR FARZANA BINTI NADZRI (10DPM21F1013)

                                 3) NURUL SYAMIERA BINTI AHMAD SUKRI (10DPM21F1059)

                                 4) NURSYAZWANI BINTI BAHRIN (10DIB21F1034)

LINK YOUTUBE MINI PROJEK

  https://youtu.be/5yINzB7oEdY