Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka
perkataan “alam sekitar” adalah menuju
kepada apa sahaja yang melingkungi manusia.Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yangmelingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yangberkait dengan iklim dan cuaca.
Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“.
Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikanpenekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat denganaktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alamsekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatuorganisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalamdiri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitaryang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupayadipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripadaRevolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yangtimbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha denganpelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedahatau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment